MAHIR Prompt Engineer – Cohort 2 Level 1 Minggu 2 : “Pembangunan Laman Web Berasaskan AI”
16 September 2026 | Aktiviti Terkini15 September 2026 – Seorang peserta yang menyertai Kelas Mahir Prompt Engineer Cohort 2 Level 1, telah menghadiri kelas bagi Modul 2 Sesi 2 yang bertajuk ‘Ai For Social Media Content Creation’ (Penghasilan Kandungan Media Sosial Menggunakan AI)
Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi dan teknik kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan media sosial yang lebih kreatif, menarik dan profesional. Antara aplikasi yang digunakan termasuk ChatGPT dan Gemini untuk menghasilkan idea, penulisan kapsyen serta kandungan pemasaran menggunakan formula AIDA.
Peserta turut mempelajari teknik menghasilkan dan mengubah suai imej menggunakan AI, termasuk menghasilkan pelbagai variasi visual berdasarkan satu gambar rujukan, mencipta bahan pengiklanan produk, ilustrasi berkaitan perniagaan, poster, kalendar serta reka bentuk typography. Selain itu, peserta diperkenalkan kepada teknik menghasilkan kandungan video pemasaran menggunakan Google Flow dan Gemini, termasuk menghasilkan video berdasarkan gambar, produk, lokasi, pergerakan serta skrip yang diberikan melalui prompt.
Secara keseluruhannya, modul ini memberikan pendedahan praktikal kepada peserta tentang bagaimana AI boleh dimanfaatkan untuk mempercepatkan proses penghasilan kandungan, daripada idea dan penulisan, sehinggalah kepada penciptaan visual, bahan promosi dan video untuk media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: